CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Marie - The Aristocats 4

Friday 23 November 2012

Simbol-simbol Bahan Kimia



Ketika ingin menggunakan bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam makmal, kita perlu memerhatikan terlebih dahulu label-label yang terdapat pada setiap bahan kimia tersebut. Perkara ini penting kerana terdapat sesetengah bahan kimia yang berbahaya dan perlu dikendalikan dengan betul dan berhati-hati. Ada yang meletup, menghakis, mudah terbakar dan beracun atau bertoksik. Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia itu. Di bawah ini saya akan terangkan serba sedikit tentang simbol-simbol bahan kimia ini.



Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Ketika menggunakan bahan kimia yang menghakis ini, kita perlu elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut.  Pengendalian bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselamatan. Sekiranya sebahagian badan terkena  bahan kimia menghakis, bahagian tersebut hendaklah segera dibilas dengan air yang banyak.




Sangat mudah terbakar (Highly flammable)
 Contoh: Fosforus putih, fosforus kuning , petrol, minyak tanah, etanol.
Contohnya, logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.  Fosforus kuning pula mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering.   Penyimpanan ketiga-tiga  bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)
Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk menyedut keluar cacair yang beracun. Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan keselamatan getah.  Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh. Jika mata atau kulit terkena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak. Sebagai langkah susulan rawatan oleh pegawai perubatan hendaklah didapatkan.


Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.

Jubah makmal, sarung tangan keselamatan dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh dengan sabun sehingga bersih sebelum meninggalkan makmal.  Selain itu, sumber radioaktif hendaklah dikendalikan dengan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan pipet dan botol basuh ). Bahan radioaktif juga perlu disimpan di dalam bekas plumbum. Sisa-sisa radioaktif ini hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul.



Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)
Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.



Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.


 


 

 


 


 








0 comments:

Post a Comment