CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Marie - The Aristocats 4

Monday 26 November 2012

ATOM



Dalam bidang Kimia dan Fizik, atom adalah zarah terkecil yang boleh didapati dalam unsur kimia tanpa mengubah sifat-sifat kimianya. Kebanyakan atom mengandungi tiga jenis zarah subatom yang menentukan sifat-sifat luarannya iaitu  proton, elektron dan neutron. Proton dan neutron bergabung membentuk nukleus atom yang padat dan besar dan dipanggil sebagai nukleon. Elektron-elektron membentuk awan elektron yang lebih besar di sekeliling nukleus. Atom adalah neutral secara elektik jika ia mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama. Atom yang mengalami pengurangan atau penambahan elektron dipanggil ion.

Antara ahli-ahli kimia yang telah menyumbang kepada perkembangan model atom ialah :




Atom terdiri daripada nukleus bercas positif yang dikelilingi oleh ‘awan’ elektron yang bercas negatif. Nukleus terdiri daripada proton dan neutron (nukleon). Ciri-ciri zarah asas berikut adalah seperti berikut :



Suatu unsur biasanya ditulis seperti berikut :



A = Nombor nukleon
 Z = Nombor proton
 X = Simbol unsur

 



Dimana,

Nombor nukleon : Nombor proton + Nombor neutron
Nombor proton : Bilangan proton yang terdapat di dalam atom
Simbol unsur : Unsur-unsur yang terdapat dalam jadual berkala (Periodic table)



Anda boleh melihat video di bawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai struktur atom ini. Selamat menonton..  :)
 

 




0 comments:

Post a Comment