Ketika ingin
menggunakan bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam makmal, kita perlu
memerhatikan terlebih dahulu label-label yang terdapat pada setiap bahan kimia
tersebut. Perkara ini penting kerana terdapat sesetengah bahan kimia yang
berbahaya dan perlu dikendalikan dengan betul dan berhati-hati. Ada yang
meletup, menghakis, mudah terbakar dan beracun atau bertoksik. Kita boleh
mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau
botol yang mengandungi bahan-bahan kimia itu. Di bawah ini saya akan terangkan serba sedikit tentang simbol-simbol bahan kimia ini.
Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.
Ketika menggunakan bahan kimia yang menghakis ini, kita perlu elakkan
anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut. Pengendalian bahan kimia ini hendaklah
dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung
tangan keselamatan. Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia menghakis, bahagian tersebut
hendaklah segera dibilas dengan air yang banyak.
Sangat mudah terbakar (Highly flammable)
Contoh: Fosforus putih, fosforus kuning ,
petrol, minyak tanah, etanol.
Contohnya,
logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak
(Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosforus kuning pula mestilah disimpan
terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk
menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. Bahan pengoksida yang
kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik)
mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.
Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)
Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.
Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan
pipet untuk menyedut keluar cacair yang beracun. Seseorang yang menggunakan
bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan
keselamatan getah. Selepas eksperimen,
tangan hendaklah dibasuh. Jika mata atau kulit terkena bahan kimia beracun, cuci
segera dengan air yang banyak. Sebagai langkah susulan rawatan oleh pegawai
perubatan hendaklah didapatkan.
Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.
Jubah makmal, sarung tangan keselamatan dan
cermin mata keselamatan hendaklah dipakai semasa menjalankan eksperimen yang
melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah
dijalankan di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan
hendaklah dibasuh dengan sabun sehingga bersih sebelum meninggalkan
makmal. Selain itu, sumber radioaktif hendaklah dikendalikan dengan
pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan sumber
cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (
misalnya dengan menggunakan pipet dan botol basuh ). Bahan radioaktif juga
perlu disimpan di dalam bekas plumbum. Sisa-sisa radioaktif ini hendaklah
dilupuskan dengan cara yang betul.
Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)
Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.
Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.
0 comments:
Post a Comment