CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Marie - The Aristocats 4

Friday 30 November 2012

Formula Kimia

Setiap pelajar yang mengambil subjek Kimia perlu mengetahui dan menguasai asas-asas yang terdapat dalam kimia seperti konsep mol, formula kimia, pengiraan melibatkan mol dan persamaan seimbang. Setiap pengiraan dalam kimia banyak melibatkan pengiraan bilangan mol terhadap sesuatu bahan yang terlibat dalam sesuatu tindak balas. Oleh itu, saya ingin berkongsi formula bagi pengiraan mol ini. Dalam formula tersebut, mol dihubungkan dengan jisim, bilangan partikel (atom, molekul atau ion) dan isipadu gas (suhu bilik atau suhu piawai).


 
Formula pengiraan mol.






  
mass : jisim

 number of particles : bilangan partikal

 volume of gas : isipadu gas (suhu bilik = 24dm3, suhu piawai = 22.4dm3)


  N ( Avogadro constant) : 6.023 × 1023


Terdapat satu lagi formula pengiraan mol iaitu yang dihubungkan dengan kepekatan larutan (kemolaran / molarity) iaitu :



Di mana :
n = bilangan mol (number of mol)
M = kemolaran / kepekatan (molarity)dm3   
V = isipadu (volume)cm3


Pada kebiasannya, formula pengiraan mol ini akan digunakan dalam stoikiometri (stoichiometry), termokimia (electrochemistry), kadar tindak balas (rate of reaction), garam, elektrokimia dan banyak lagi. Dengan perkongsian formula pengiraan mol ini, saya harap ianya  sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan mol.